Assalamualaikum...
i just wanna share something with all of u...read this...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di  hatinya..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan  air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari  kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal  perasaannya tapi percayalah, 
itulah maknanya dia sangat mengambil berat  dan menyayangi lelaki itu..
 Lihat saja pasangan yang baru bercinta,  mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang  mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang  berlaku..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia  tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki  mengenalinya dengan lebih dekat..
Apabila perempuan  berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu  menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,  bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan  bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih  mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan  mengkhianati kepercayaan yang diberi..
Naluri keibuannya sangat kuat..Dia  hanya mahukan yang terbaik untuk anda..
Apabila  perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada..
Dia bukannya mahu  dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan  perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
 itu tidak  bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri  cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa  tubuhnya..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,  dia benar-benar maksudkannya..
Apabila berjauhan, bayanganmu akan  sentiasa bermain di mata..
Apabila perempuan kata  lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana  dia hanya mahu menguji kamu..
 Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup  menjadi yang terbaik di matanya..
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang  terbaik di hatinya..
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun  perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi  di hatinya, kamu tetap yang terbaik..
Apabila perempuan  menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu  melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya...
  Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut..
 Andai kena caranya, jangan  terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia  tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya..
Dia hanya mahu  menenangkan fikirannya sebentar saja..
 Apabila dia kembali tenang,  percayalah dia akan mencari anda semula..
 Itu tandanya dia benar-benar  menyintai anda..
 Perempuan sukar untuk mengawal perasaan..
 Dia terlalu  emosional..
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif  dengan perubahan pada diri anda..
Sememangnya Allah  menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri..
  Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi  dan menyempurnakan..
 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal  menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
 Biarpun  zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri  yang bisa menggoncang dunia dan,
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi  lemah kerananya..
 Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup  anda..
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja..
tetapi dia  juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih  sempurna..
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu  yang terbaik untuk anak2 anda..
Fahamilah perempuan wahai lelaki-lelaki yang bace entry nie..
dah x mau merepek..ad kerje yang nak buat..
by the way,just ENJOY being WHO YOU ARE...
BECAUSE BEING YOU ARE THE MOST PRECIOUS THING IN THE WORLD...
XOXO..  
 
 
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete